Saturday 10 December 2011

TAJUK DAN TUJUAN UNIT PENGAJARAN

TAJUK DAN TUJUAN UNIT

A.Tajuk / Unit : Perubahan Keadaan Bahan

B. Sub Topik /Sub Unit.
1. Memahami bahan  wujud dalam bentuk pepejal,cecair dan gas.

C.Tujuan unit.
            Bahan  terdiri daripada tiga bentuk bahan iaitu pepejal,cecair dan gas. Berdasarkan kepada bentuk bahan ia mempunyai sifat-sifatnya yang tersendiri.Keadaan bahan ini boleh berubah bentuk kepada satu bentuk yang lain apabila di panaskan atau di sejukkan. Proses penyejatan dan kondensasi menyebabkan berlakunya pembentukan awan dan hujan.
Tujuan sub unit:
1.      Untuk mengelaskan objek dan bahan kepada tiga bentu bahan iaitu pepejal,cecair dan gas

D.Kepentingan Unit.
2.            Murid dapat mengenalpasti perubahan keadaan bahan kepada tiga bentuk iaitu pepejal,ceair dan gas dan ketiga-tiga bahan tersebut boleh berubah bentuk.
3.      Kepentingan Sub Unit:
4.      1.  Supaya murid akan dapat mengelaskan objek dan bahan kepada  tiga bentuk keadaan              bahan.


PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID
A.    Pengetahuan sedia ada murid:
Pelajaran 1 : Memahami bahan wujud dalam bentuk pepejal,cecair dan gas.
Tajuk : Perubahan Keadaan Bahan.
Pengetahuan Sedia Ada:       
1.      Murid telah mempunyai pengetahuan sedia ada bahawa objek wujud dalam tiga keadaan bahan   iaitu Pepejal, cecair dan  gas.
·         Menyatakan contoh pepejal, cecair, dan gas
·         Menyatakan bahawa cecair boleh mengalir cepat dan perlahan
·         Menyatakan bahaawa pepejal,cecair dan gas mengembang apabila di panaskan dan mengecut apabila di sejukkan.

B. Pelan Mencungkil idea:
Pelajaran 1 : Memahami bahan wujud dalam bentuk pepejal,cecair dan gas.
Tajuk : Perubahan Keadaan Bahan
Pelan Mencungkil idea:1.Soal jawab dengan murid


  •   Guru mempamerkan 10 0bjek yang terdiri daripada bahan pepejal,cecair dan gas.  
  •  Soalan Guru
a)      Sila perhatikan objek-objek yang ditunjukkan di hadapan kelas dan nyatakan setiap kandunngan bahan yang terdapat di dalamnya.
b)      Kelaskan setiap objek tersebut kepada kumpulan bahan ( pepejal,cecair dan gas)
c)      Apakah kumpulan yang kamu kenalpasti untuk mengelaskan objek-objek tadi

C.Idea / Objektif utama yang mungkin sukar di capai.
Pelajaran 1: Memahami bahan wujud dalam bentuk pepejal,cecair dan gas.
Tajuk : Perubahan keadaan Bahan
Objektif  utama yang mungkin sukar di capai :
·          Menentukan bentuk bahan gas yang kurang  contoh di berikan.  

D. Miskonsepsi yang mungkin wujud dan konsep tepatnya.
Pelajaran 1: Memahami bahan wujud dalam bentuk pepejal,cecair dan gas.
Tajuk : Perubahan Keadaan Bahan
Miskonsepsi : Wap air merupakan cecair.
Konsep yang tepat : wap air ialah gas.



REFLEKSI SELEPAS P&P

Refleksi Selepas Pengajaran
1.0 Pendahuluan.
Mengikut Dewey (1993), kemahiran membuat refleksi merupakan proses berfikir secara aktif, berterusan dan teliti. Ianya bertujuan menyelesaikan isu atau masalah dengan mengambil kira kepercayaan, pengetahuan dan dasar yang menyokongnya. Secara ringkasnya, refleksi merupakan proses muhasabah diri sendiri dengan tujuan untuk membuat penambahbaikan keatas sesuatu perkara.

Mengikut Jay and Johnson (2002), proses membuat refleksi boleh berlaku apabila guru berbincang dengan rakan sejawat yang lain bagi mendapatkan maklumat dan pandangan bagaimana menyelesaikan sesuatu isu atau masalah dan melaksanakan tindakan penambahbaikan yang dirancang.

Tujuan refleksi dibuat adalah untuk mengenalpasti isu atau masalah yang mungkin dihadapi bagi tujuan penambahbaikan. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengenalpasti kelemahan yang perlu diatasi dan kekuatan yang boleh dimanfaatkan. Dengan membuat refleksi juga kita boleh merangka tindakan penambahbaikan dari sudut peribadi dan profesionalisme.

Terdapat enam  komponen membuat refleksi bagi membantu penambahbaikan dalam pengajaran guru iaitu;-
1.      Mengenalpasti isu/masalah yang disignifikan
2.      Mengenalpasti sumber masalah
3.      Melihat masalah dari sudut yang berbeza dan mengambil kira atau mengaplikasikan teori dan prinsip pendidikan bagi menerangkan masalah yang dihadapi.
4.      Mengenalpasti kekuatan yang boleh dimanfaatkan
5.      Menyatakan pengajaran yang diperolehi atau kesedaran baru yang timbul
6.      Menyatakan langkah-langkah atau tindakan yang boleh diambil untuk menyelesaikan masalah atau menyelesaikan masalah atau menambaik amalan.
Diantara kebaikan dan keburukan yang dikenalpasti dalam pengajaran yang dilakukan ialah seperti berikut:-
1.1 Kebaikkan
1.      Bahan Bantu Mengajar
Mempunyai bahan bantu mengajar  yang  menarik dan dapat mencapai hasil pengajaran yang berkesan. Alat bantu mengajar sesuai dari segi saiz, minat dan kebolehan murid. Ini kerana alat bantu mengajar melibatkan penggunaan pancaindera ( penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa dan hidu ). Selain itu, penggunaan bahan bantu mengajar berbantuk maujud seperti losyen dan belon yang mengembang dapat mengukuhkan lagi pengetahuan baru murid dan memperbaiki pengetahuan sedia ada murid berkaitan tajuk yang telah mereka pelajari. Penggunaan lembaran kerja juga membantu murid dan guru membuat penilaian berkaitan perkembangan pembelajaran murid.
2.      Pengetahuan sedia ada murid.
Aktiviti pembelajaran dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada murid.  Tajuk yang diajar adalah berkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid berdasarkan pengalaman yang mereka lalui di dalam kehidupan seharian mereka. Contohnya, murid-murid telah mempunyai pengetahuan sedia ada bahawa objek wujud dalam tiga keadaan bahan   iaitu pepejal, cecair dan  gas. Menyatakan contoh pepejal, cecair, dan gas dan menyatakan bahawa cecair boleh mengalir cepat dan perlahan.
1.2 Keburukan
1.      Kawalan Kelas
Murid aktif ketika pengajaran dan pembelajaran terutamanya semasa aktiviti perbincangan  dalam  kumpulan. Keadaan murid-murid yang bising menyebabkan  kawalan kelas sukar ditangani. Soalan perbincangan yang diajukan secara terbuka kepada kelas juga menyebabkan murid-murid yang mempunyai tahap pengetahuan yang baik bersaing untuk menjawab dengan lebih cepat. Keadaan ini menyebabkan murid-murid berpengetahuan sederhana dan lemah ketinggalan dalam memberikan jawapan. Memberikan alat atau bahan bantu mengajar dan mengedar lembaran kerja kepada setiap kumpulan juga menimbulkan suasana yang kecoh kerana murid-murid sangat aktif dan bersemangat dalam aktiviti pembelajaran mereka.
  1. Kawalan masa.
Dari segi kawalan masa pula amat terhad ketika aktiviti ekperimen dan perbincangan kumpulan dijalankan. Murid di dapati tidak dapat menepati masa yang telah di peruntukkan oleh guru untuk menyelesaikan eksperimen dan juga aktiviti perbincangan. Ini berlaku kerana murid-murid terlalu mementingkan kekemasan dalam menulis laporan dan terlalu berhati-hati menilai hasil perbincangan mereka sebelum merekod dalam hasil laporan perbincangan kumpulan.

Setelah  mengenalpasti kelemahan dalam pengajaran, guru dapat membuat penilaian dan keputusan berkenaan cara-cara untuk memperbaiki pengajarannya. Di antara cara memperbaiki P&P guru  ialah :-
  1. Kaedah mengajar
Dari  segi kaedah mengajar guru telah  menyediakan kad tugasan sebagai panduan murid menjalankan  aktiviti supaya arahan dan penerangan lebih jelas serta berkesan. Kad tugasan diberikan kepada semua ketua kumpulan murid dan meminta setiap ketua kumpulan membacakan arahan dalam kad tugasan di dalam kumpulan masing-masing. Setiap murid dalam kumpulan masing-masing akan diberikan peranan masing-masing mengikut tahap pengetahuan mereka dengan memberikan nama murid sebagai A,B,C,D,E dan F. Kumpulan belajar murid juga dipelbagaikan iaitu murid yang tahap pengetahuan yang baik belajar bersama murid-murid yang sederhana dan lemah dalam satu kumpulan yang sama.

  1. Masa
Guru menetapkan masa untuk setiap aktiviti yang melibatkan perbincangan  atau pembentangan. Ini adalah supaya pengurusan masa yang terhad dapat diatasi dengan baik. Murid-murid juga akan sentiasa diingatkan tentang perjalanan masa perbincangan setiap 5 minit. Ini akan mengelakkan murid-murid membazir masa kepada perbincangan yang lebih panjang dan dapat menyiapkan rekod hasil perbincangan mereka mengikut masa yang ditetapkan. Guru juga akan menetapkan murid-murid membentangkan hasil perbincangan mereka secara bergilir-gilir mengikut nama murid A,B,C,D,E hingga F. Tindakan ini bagi menggalakkan setiap murid aktif memainkan peranan masing-masing dalam kumpulan.

Kesimpulannya, dengan adanya kemahiran membuat refleksi dapat membantu guru belajar secara optimum daripada kesilapan dan pengalaman lepas. Oleh sebab itu, refleksi juga dikatakan dapat membantu pembelajaran sepanjang hayat dan perkembangan peribadi serta profesion yang positif .

JADUAL PENENTU KANDUNGAN UNIT PENGAJARAN

 JADUAL PENENTU KANDUNGAN

TAJUK : PERUBAHAN BENTUK BAHAN

          Unit      
Pengetahuan
Kemahiran

Fakta

Konsep/istilah

Generalisasi

Kognitif

Psikomotor

Sosial

Unit 1
Memahami bahan wujud dalam bentuk pepejal,cecair dan gas.

Mengelaskan bahan wujud dalam tiga keadaan iaitu pepejal,
cecair dan gas.

Pepejal, cecair dan gas (wap air).

Bahan wujud dalam tiga keadaan iaitu pepejal,cecair dan gas.

Mengelaskan bahan kepada 3 kumpulan bahan iaitu pepejal,cecair dan gas                                    

Membuat pengelasan berdasarkan pemerhatian dalam kumpulan 
tentang bentuk-bentuk cecair, pepejal dan gas.

 Murid memerhati perubahan bentuk bahan di sekitar mereka


Murid melakukan aktiviti secara berkumpulan


                                                                                                                                                                                                                                            

PERINCIAN PELAKSANAAN RPH

PERINCIAN PERLAKSANAAN RPH
Rancangan Pengajaran 1
Mata Pelajaran            : Sains
Kelas                           : Tahun 5
Tarikh                          : 13.05.2011
Masa                            : 11.00- 12.00 (60 minit)
Bilangan Muri d          : 25 orang
Bidang Pembelajaran: Perubahan Bentuk Bahan
Objektif Pembelajaran: Memahami bahan  wujud dalam bentuk pepejal,cecair dan gas.
Hasil Pembelajaran      :-
·         Domain A ( kognitif )   : Menguasai isi kandungan pelajaran.                                                1. Mengelaskan bahan kepada 3 kumpulan bahan iaitu pepejal,cecair dan     Gas.

·         Domain B (psikomotor ): Membina kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir.
 1.Membuat pengelasan berdasarkan pemerhatian dalam kumpulan tentang bentuk-    bentuk cecair, pepejal dan gas
2. Murid memerhati perubahan bentuk bahan di persekitaran mereka.
·         Domain C (Sosial):Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni.                                
 1. Murid melakukan aktiviti secara berkumpulan

Konsep/ prinsip/ hokum/ teori : Pepejal, cecair dan gas (wap air).

Bahan, peralatan dan bahan sumber: 10 0bjek yang terdiri daripada bahan pepejal,cecair dan gas.



Pengetahuan sedia ada:-
Murid telah mempunyai pengetahuan sedia ada bahawa objek wujud dalam tiga keadaan bahan   iaitu pepejal, cecair dan  gas. Murid juga mungkin mempunyai miskonsepsi bahawa wap air merupakan cecair.



FASA

ISI KANDUNGAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
NOTA
AKTIVITI GURU
AKTIVITI MURID

Permulaan/ mencungkil idea (5minit)

Minuman tin berkarbonat bahan seperti pepejal, cecair dan gas.

Buat kaitan dengan pengetahuan sedia ada pelajar dengan menyoal cungkil idea murid.
Guru mempamerkan minuman berkarbionat dalam tin dalam kelas.
Contoh soalan:
i)                    Apakah pemerhatian anda tentang objek ini?
ii)                  Nyatakan minuman kegemaran kamu?


Murid memberi jawapan mereka.
Contoh :
-          Objek di perbuat daripada aluminium.
-          Air cola.


Proses sains:
Memerhati

Strategi/Teknik: Penyoalan

Contoh Bahan:
Minuman berkarbonat dalam tin.
 ( Tin/Botol)

Menstrukur / menstrktur semula (30min)


Bahan  terdiri daripada tiga bentuk bahan iaitu pepejal, cecair dan gas.
1.  Contoh bahan wujud dalam bentuk pepejal ialah bunga, kerta mainan, model haiwan dan pemadam api

2.Contoh bahan dalam bentuk cecair (syampu, losyen, minuman cola)

3.Contoh bahan dalam bentu gas ( cola, pemadam api, belon)



Guru mempamerkan 10 0bjek yang terdiri daripada bahan pepejal,cecair dan gas.

Guru mengutarakan soalan:
a)Sila perhatikan
   objek-objek yang
   ditunjukkan di
   hadapan kelas dan
   nyatakan setiap
   kandunngan bahan
   yang terdapat di
   dalamnya.
b)Kelaskan setiap
   objek tersebut kepada
   kumpulan bahan          
   (pepejal,cecair dan  
    gas)
c)Apakah kumpulan
   yang kamu kenalpasti
   untuk mengelaskan
   objek-objek tadi.

Murid berbincang dalam kumpulan.

Murid membuat pembenrtangan hasil perbincangan kumpulan masing-masing.

Proses sains:
Memerhati, mengelas, berkomunikasi.

Strategi/Teknik: Perbincangan kumpulan

Nilai saintifik dan nilai murni:
Berkerjasama

Contoh Bahan:
10 objek (syampu, minuman cola, kereta mainan, model haiwan, losyen, bunga, belon, pemadam api)

Aplikasi idea (20min)

















Kegunaan bahan pepejal, cecair dan gas dalam kehidupan seharian murid.

-Guru mengajukan
  soalan pada semua
  murid.
  Contoh soalan:
1.Mengapakah bahan
   pepejal selalu diguna
   untuk menyimpan
   makanan?

-Guru mengedarkan
  lembaran kerja dan
  mengarahkan murid
  melengkapkan
  lembaran kerja secara
  individu dalam masa
  yang ditetapkan.

-Guru membincangkan
  jawapan bersama
  murid.

-Murid memberi
  respon kepada 
  soalan  guru.
  Contoh jawapan;
1.Bahan pepejal
   lebih keras.

-Murid
  melengkapkan
  lembaran kerja
  yang di arahkan.

Proses sains:
Memerhati, mengelas, berkomunikasi

Strategi/Teknik: Perbincangan

Nilai saintifik dan nilai murni:
Berkerjasama

Bahan Bantu Mengajar:
Lembaran kerja

Refleksi/ penutup
(5 minit)

Bahan  terdiri daripada tiga bentuk bahan iaitu pepejal,cecair dan gas.


-  Guru mengadakan 
   Kuiz spontan kepada
   kumpulan murid.

- Guru memilih murid
   untuk menjawab
   mengikut giliran
   murid dalam
   kumpulan

-Contoh:
1.Namakan satu objek  
   wujud dalam bentuk
   pepejal yang ada di
   dalam kelas kamu?

-Guru mengedarkan   
  lembaran kerja
  sebagai kerja rumah

Murid menjawab soalan guru dalam kumpulan.

Contoh jawapan:
Meja, kerusi, pensil, buku

Proses sains:
Memerhati

Strategi/Teknik:
Kuiz


Nilai saintifik dan nilai murni:
Berkerjasama

Bahan Bantu:
Lembaran kerja