Tuesday 29 November 2011

REFLEKSI P&P

Pecahan 3 (10%) – Refleksi selepas pengajaran
Kebaikan dan keburukan
  1. Bahan Bantu Mengajar
Mempunyai bahan bantu mengajar  yang  menarik dan dapat mencapai hasil pengajaran.
  1. Pengetahuan sedia ada murid.
Aktiviti pembelajaran di kaitkan dengan pengetahuan sedia ada murid.
  1. Penilaian
Bentuk penilaian berdasarkan aras pengetahuan murid.
  1. Kawalan Kelas
Murid aktif ketika pengajaran dan pembelajaran.
  1. Kawalan masa.
Kawalan masa yang terhad.

Cara memperbaiki pengajaran
  1. Menyediakan kad tugasan sebagai panduan aktiviti.
  2. Guru menetapkan masa untuk setiap aktiviti ( Perbincangan / Penilaian)

P&P SAINS



MAKROPENGAJARAN
Rancangan Pengajaran Harian
Mata Pelajaran            : Sains
Kelas                           : Tahun 5
Tarikh                          : 13.09.2011
Masa                            : 11.00- 12.00 (60 minit)
Bilangan Muri d          : 25 orang
Bidang Pembelajaran: Perubahan Bentuk Bahan
Objektif Pembelajaran: Memahami bahan  wujud dalam bentuk pepejal,cecair dan gas.
Hasil Pembelajaran     :-
·         Domain A ( kognitif )   : Menguasai isi kandungan pelajaran.                                                 1. Mengelaskan bahan kepada 3 kumpulan bahan iaitu pepejal,cecair dan      Gas.

·         Domain B (psikomotor ): Membina kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir.
 1.Membuat pengelasan berdasarkan pemerhatian dalam kumpulan tentang bentuk-      
    bentuk cecair, pepejal dan gas
2. Murid memerhati perubahan bentuk bahan di persekitaran mereka.
·         Domain C (Social):Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni.                                
 1. Murid melakukan aktiviti secara berkumpulan




Bahan, peralatan dan bahan sumber: 10 0bjek yang terdiri daripada bahan pepejal,cecair dan gas.
                                        
                     
Pengetahuan sedia ada:-
Murid telah mempunyai pengetahuan sedia ada bahawa objek wujud dalam tiga keadaan bahan   iaitu pepejal, cecair dan  gas. Murid juga mungkin mempunyai miskonsepsi bahawa wap air merupakan cecair.

FASA

ISI KANDUNGAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
NOTA
AKTIVITI GURU
AKTIVITI MURID

Permulaan/ mencungkil idea (5minit)

Minuman tin berkarbonat bahan seperti pepejal, cecair dan gas.

- Guru membuat
  kaitan dengan
  pengetahuan sedia
  ada pelajar dengan
  menyoal cungkil
  idea murid.

- Guru mempamerkan
  minuman
  berkarbionat dalam
  tin dalam kelas.

Contoh soalan:
i)Apakah pemerhatian anda tentang objek ini?
ii)Nyatakan minuman   
   kegemaran kamu?


Murid memberi jawapan mereka.
Contoh :
- Objek di perbuat  
  daripada  
  aluminium.
- Air cola.


Kemahiran Proses sains:-
Memerhati

Strategi/Teknik: Penyoalan

Contoh Bahan:
Minuman berkarbonat dalam tin.
 ( Tin/Botol)

Menstrukur / menstrktur semula (30min)




- Guru mempamerkan
  10 0bjek yang terdiri
  daripada bahan
  pepejal,cecair dan
  gas.

- Guru mengutarakan
  soalan:
a)Sila perhatikan
   objek-objek yang
   ditunjukkan di
   hadapan kelas dan
   nyatakan setiap
   kandunngan bahan
   yang terdapat di
   dalamnya.

b)Kelaskan setiap
   objek tersebut  
   kepada  kumpulan  
   bahan  pepejal,  
   cecair dan  gas.

c)Apakah kumpulan
   yang kamu
   kenalpasti  untuk
   mengelaskan
   objek-objek tadi.

Murid berbincang dalam kumpulan.

Murid membuat pembentangan hasil perbincangan kumpulan masing-masing.

Kemahiran Proses sains:
Memerhati, mengelas, berkomunikasi.

Strategi/Teknik: Perbincangan kumpulan

Nilai saintifik dan nilai murni:
Berkerjasama

Contoh Bahan:
10 objek (syampu, minuman cola, kereta mainan, model haiwan, losyen, bunga, belon, pemadam api)





Aplikasi idea (20min)

















Kegunaan bahan pepejal, cecair dan gas dalam kehidupan seharian murid.

-Guru mengajukan
  soalan pada semua
  murid.

 -Contoh soalan:
1.Mengapakah bahan
   pepejal selalu di 
   guna untuk
   menyimpan
   makanan?

-Guru mengedarkan
  lembaran kerja dan
  mengarahkan murid
  melengkapkan
  lembaran kerja
  secara individu
  dalam masa yang
  ditetapkan.

-Guru berbincang
  jawapan bersama
  murid.


-Murid memberi
  respon kepada 
  soalan  guru.
  Contoh jawapan;
1.Bahan pepejal
   lebih keras.

-Murid
  melengkapkan
  lembaran kerja
  yang di arahkan.

Kemahiran Proses Sains:
Memerhati, mengelas, berkomunikasi

Strategi/Teknik: Perbincangan

Nilai saintifik dan nilai murni:
Berkerjasama

Bahan Bantu Mengajar:
Lembaran kerja

Refleksi/ penutup
(5 minit)

Bahan  terdiri daripada tiga bentuk bahan iaitu pepejal,cecair dan gas.


-  Guru mengadakan 
   Kuiz spontan
   kepada  kumpulan
   murid.

- Guru memilih murid
   untuk menjawab
   mengikut giliran
   murid dalam
   kumpulan

-Contoh:
1.Namakan satu objek  
   wujud dalam bentuk
   pepejal yang ada di
   dalam kelas kamu?

-Guru mengedarkan   
  lembaran kerja
  sebagai kerja rumah

Murid menjawab soalan guru dalam kumpulan.

Contoh jawapan:
Meja, kerusi, pensil, buku

Proses sains:
Memerhati

Strategi/Teknik:
Kuiz


Nilai saintifik dan nilai murni:
Berkerjasama

Bahan Bantu:
Lembaran kerja







MENETAPKAN HASIL PEMBELAJARAN (HASIL) UNTUK SESI PENGAJARAN DENGAN MENGAMBIL KIRA PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN PEMAHAMAN

Hasil pembelajaran:
Di akhir pelajaran ini murid akan dapat:- .
1. Mengelaskan objek/bahan kepada tiga bentuk keadaan bahan
Domain A ( kognitif )    : Menguasai isi kandungan pelajaran
                                         1. Mengelaskan bahan kepada 3 kumpulan bahan iaitu pepejal,cecair                                                   dan gas.                                                                  
 Domain B (psikomotor ): Membina kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir
                                          1.Membuat pengelasan berdasarkan pemerhatian dalam kumpulan                                                       tentang bentuk-bentuk cecair, pepejal dan gas.
                                           2. Murid memerhati perubahan bentuk bahan di persekitaran mereka
Domain C  ( sosial)        : Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
                                         1. Murid melakukan aktiviti secara berkumpulan
Hasil pembelajaran merupakan satu pernyataan yang menetapkan pengetahuan,kemahiran dan sikap serta nilai yang ingin dihasilkan daripada aktivti pembelajaran.dengan kata lain,hasil pembelajaran menjelaskan apa yang murid tahu dan fahami. Bagi menulis hasil pembelajaran yang baik, guru harus mengetahui bahawa hasil pembelajaran terdiri daripada lima komponen, iaitu frasa merujuk kepada kumpulan sasaran, kata kerja aktif, objek bagi kata kerja, konteks/ keadaan dan standard/criteria. Hasil pembelajaran boleh diketegorikan mengikut empat domain iaitu kognitif,(pemikiran),Psikomotor(kemahiran fizikal),afektif(sikap dan nilai),dan sosial (perhubungan dalam masyarakat).
Untuk mencapai hasil pembelajaran ini  pelajar  membuat pemerhatian bahawa objek terdiri daripada pepejal,cecair dan gas. Menerusi domain kognitif aras aplikasi hasil pembelajaran dapat dicapai dengan keupayaan pelajar memahami sesuatu  konsep yang dipelajari.Pada peringkat ini pelajar perlu betul-betul memahami konsep untuk menyelesaikan masalah dalam situasi baru yang berkaitan dengannya sekaligus menjadi petunjuk sama ada pelajar telah menguasai ilmu dalam topik berkenaan. Domain kognitif aras empat iaitu analisis turut diguna pakai kerana ia menekankan kepada keupayaan pelajar mengenalpasti unsur-unsur dan struktur yang mengaitkan unsur  tersebut bagi sesuatu soalan yang di berikan.
 Domain afektif pula ia domain yang berkaitan dengan perasaan, emosi, minat, sikap, penghargaan dan nilai. Domain ini juga boleh diwakili oleh  aras-aras tertentu seperti dalam domain kognitif.Aras domain ini disusun mengikut prinsip penghayatan yang merujuk kepada proses dimana sikap dan emosi seseorang bergerak dari tahap kesedaran umum hingga ke tahap dimana sikap dan emosi itu di hayati.Contoh murid menunjukan minat untuk melakukan aktiviti p & p dan bersikap ingin tahu tentang apa yang akan dihasilkan.
            Manakala domain psikomotor ialah domain yang berkaitan dengan kemahiran pergerakan anggota fizikal seseorang.Sebagaimana dalam domain kognitif,dan efektif,domain psikomotor turut mempunyai hiraki tersendiri dengan mengemukakan tujuh peringkat hasil pembelajaran daripada mudah kepada susah. Dalam domain ini,aras pertama iaitu persepsi yang mewakili kebolehan memerhati dan membentuk persepsi sesuatu pergerakan. Dalam aras ketiga pergerakan terkawal dimana murid melakukan pergerakan semasa melakukan perbincangan kumpulan.
            Domain sosial ialah domain yang melibatkan tingkah laku atau perhubungan sosial. Domain ini terdiri daripada lapan peringkat hasil pembelajaran.Pemilihan hasil pembelajaran ini bersesuaian dengan aras peringkat kedua domain sosial iaitu berkomunikasi yang mewakili cubaan seseorang untuk berkomunikasi dengan orang lain.Contoh:pelajar bertanya kepada rakan tentang objek yang di tunjukkan oleh guru.Selain itu melibatkan diri dalam hasil pembelajaran ketiga domain sosial dimana seseorang melibatkan diri secara sukarela dalam aktiviti berkumpulan.Contoh: dalam kumpulan pelajar-pelajar berkomunikasi antara satu sama lain untuk menunjukkan penglibatan mereka dalam perbincangan kumpulan .




MENETAPKAN AKTIVITI PEMBELAJARAN YANG AKAN DIJALANKAN SEMASA SESI PENGAJARAN.

1.      Pembelajaran dan pendekatan pengajaran yang akan digunakan
Pemilihan hasil pembelajaran ini adalah berdasarkan kepada kaedah inkuiri induktif terbimbing ialah kerana dalam kaedah ini pelajar digalakkan melibatkan diri secara aktif dari segi kognitif,psikomotor dan emosi semasa melakukan penyelidikan berdasarkan soalan-soalan yang telah disediakan oleh guru, dan pemilihan langkah-langkah penerokaan dilakukan bersama dengan rakan kumpulan pelajar melalui beberapa strategi pembelajaran antaranya ialah menjana kes-kes hipotesis, membentuk hipotesis dan  menguji dan menilai hipotesis
Antara lain ialah kerana aktiviti ini boleh menarik minat murid.contoh:aktiviti perbincangan secara berkumpulan menjadikan pelajar seronok belajar dan ini memudahkan murid mencapai hasil pembelajaran yang di kehendaki.

Pemilihan hasil pembelajaran mengunakan kaedah inkuiri induktif terbimbing ini juga adalah kerana cara perlaksanaan yang terancang mengikut langkah-langkah dalam  proses inkuiri.Guru hanya berperanan menggalakkan dan membimbing pelajar dalam usaha menemukan penyelesaian masalahi.Melalui aktiviti ini  juga kawalan kelas  adalah lebih mudah. Seterusnya, dalam aktiviti kajian lapangan yang telah di buat terdapat beberapa ciri yang menunjukan pengajaran dan pembelajaran itu mengaplikasikan pendekatan inkuiri induktif terbimbing.Antara ciri utama ialah murid dapat membina pengetahuan dan kefahaman sendiri.Ini kerana perlaksanaan aktiviti adalah berpusatkan guru dan murid.


2.      Isu atau halangan yang dapat diatasi oleh pendekatan yang digunakan.

1.      Kawalan Kelas
Murid aktif ketika pengajaran dan pembelajaran terutamanya semasa aktiviti perbincangan  dalam  kumpulan. Disini didapati murid-murid bising.Oleh yang demikian, melalui pendekatan inkuiri ini kawalan kelas adalah lebih mudah walaupun penglibatan murid-murid sangat aktif.
  1. Kawalan masa.
Dari segi kawalan masa pula amat terhad ketika aktiviti kajian lapangan dijalankan. Murid di dapati tidak dapat menepati masa yang telah di peruntukkan oleh guru untuk menyelesaikan tugasan.

3.      Pengurusan persekitaran
1.      Bahan Bantu Mengajar
Mempunyai bahan bantu mengajar  yang  menarik dan dapat mencapai hasil pengajaran yang berkesan. Alat bantu mengajar sesuai dari segi saiz, minat dan kebolehan murid. Ini kerana alat bantu mengajar melibatkan penggunaan kelima-lima pancaindera iaitu seperti( penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa dan penghiduan )
2.      Pengetahuan sedia ada murid.
Setiap aktiviti pembelajaran di kaitkan dengan pengetahuan sedia ada murid. Setiap tajuk yang diajar murid sememangnya sudah sedia mengetahui berdasarkan pengalaman yang mereka lalui di dalam kehidupan seharian mereka.
3.      Pengurusan Bilik darjah / kawalan kelas
Pembelajaran murid secara berkumpulan seperti dalam aktiviti perbincangan, pembentangan dan melengkapkan lembaran kerja dilaksanakan dengan mengambil kira kepada aspek susun atur kelas, pemilihan dan penggunaan alat atau bahan bantu mengajar agar pengurusan persekitaran pembelajaran  lebih berkesan dan efektif serta  berlaku dengan selamat.





MENETAPKAN CARA-CARA MENILAI PEMBELAJARAN
Penilaian merupakan satu proses yang bersistematik dalam pengumpulan data dan analisis data sama ada objektif itu tercapai. Kaedah pengujian adalah sangat luas dan memerlukan guru membuat penilaian terhadap pengetahuan, kemahiran, dan ciri afektif pelajar.Diantara cara-cara membuat penilaian ialah dengan mengikut criteria tertentu yang telah ditetapkan lebih awal dengan membanding prestasi seseorang pelajar dengan pelajar lain.Manakala jenis-jenis penilaian yang digunakan adalah seperti penaksiran rujukan criteria(Criterion-referenced assessment) dan penaksiran rujukan norma ( norma-referenced assessment). Penaksiran rujukan kriteria bertujuan  membezakan antara pelajar berpencapaian tinggi dengan rendah dan menyusun mereka dari segi pencapaian tersebut. Bagi penaksiran rujukan norma pula, pencapaian atau prestasi setiap pelajar dibuat perbandingan dengan pelajar lain dalam satu kumpulan besar bagi menetapkan kedudukannya.


MAKLUMBALAS KEPADA PELAJAR SELEPAS SETIAP MAKROPELAJARAN

Di antara maklum balas yang mesti di berikan kepada pelajar selepas makropelajaran ialah guru mesti sentiasa memberi peneguhan  di sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah sama ada peneguhan negatif ataupun positif terhadap pembelajaran mereka.Peneguhan positif bertujuan untuk mendatangkan motivasi kepada murid-murid dan ia boleh dilakukan secara lisan iaitu seperti memberi kata-kata puji-pujian manakala peneguhan yang negatif pula bertujuan untuk merangsang murid agar lebih memberi tumpuan terhadap pembelajaran di dalam bilik darjah.