Saturday 10 December 2011

ANALISIS ISI KANDUNGAN PELAJARAN

ANALISIS ISI KANDUNGAN PELAJARAN

A. Hasil pembelajaran:
Di akhir pelajaran ini murid akan dapat:
·          Mengelaskan objek dan bahan kepada tiga bentuk keadaan bahan
·         Mengenalpasti proses yang terlibat apabila bahan berubah dari satu bentuk ke satu bentuk.
·         Menerangkan bagaimana kitar air wujud di persekitaran
·         Menghuraikan cara untuk mengekalkan sumber air bersih
Pelajaran 1: Memahami bahan wujud dalam bentuk pepejal,cecair dan gas.
Tajuk: Perubahan Keadaan Bahan.
Domain A ( kognitif )   : Menguasai isi kandungan pelajaran
                                      1. Mengelaskan bahan kepada 3 kumpulan bahan iaitu pepejal,cecair dan    
                                          Gas.
Domain B (psikomotor ): Membina kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir
                                       1.Membuat pengelasan berdasarkan pemerhatian dalam kumpulan                                                      tentang bentuk-bentuk cecair, pepejal dan gas.
 
Domain C  ( sosial)       : Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
                                       1. Murid melakukan aktiviti secara berkumpulan

B. Idea utama menggunakan bahasa/istilah/kosa kata yang sesuai dengan kebolehan dan umur murid

Pelajaran 1:
Memahami bahan wujud dalam bentuk pepejal,cecair dan gas.
Tajuk: Perubahan keadaan Bahan.
Bahasa/kosa kata: Bahan wujud dalam tiga keadaan iaitu pepejal, cecair dan gas..


C. Senarai istilah/konsep/prinsip/hukum/teori

Pelajaran 1: Pepejal, cecair dan gas (wap air).

No comments:

Post a Comment