Saturday 10 December 2011

REFLEKSI SELEPAS P&P

Refleksi Selepas Pengajaran
1.0 Pendahuluan.
Mengikut Dewey (1993), kemahiran membuat refleksi merupakan proses berfikir secara aktif, berterusan dan teliti. Ianya bertujuan menyelesaikan isu atau masalah dengan mengambil kira kepercayaan, pengetahuan dan dasar yang menyokongnya. Secara ringkasnya, refleksi merupakan proses muhasabah diri sendiri dengan tujuan untuk membuat penambahbaikan keatas sesuatu perkara.

Mengikut Jay and Johnson (2002), proses membuat refleksi boleh berlaku apabila guru berbincang dengan rakan sejawat yang lain bagi mendapatkan maklumat dan pandangan bagaimana menyelesaikan sesuatu isu atau masalah dan melaksanakan tindakan penambahbaikan yang dirancang.

Tujuan refleksi dibuat adalah untuk mengenalpasti isu atau masalah yang mungkin dihadapi bagi tujuan penambahbaikan. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengenalpasti kelemahan yang perlu diatasi dan kekuatan yang boleh dimanfaatkan. Dengan membuat refleksi juga kita boleh merangka tindakan penambahbaikan dari sudut peribadi dan profesionalisme.

Terdapat enam  komponen membuat refleksi bagi membantu penambahbaikan dalam pengajaran guru iaitu;-
1.      Mengenalpasti isu/masalah yang disignifikan
2.      Mengenalpasti sumber masalah
3.      Melihat masalah dari sudut yang berbeza dan mengambil kira atau mengaplikasikan teori dan prinsip pendidikan bagi menerangkan masalah yang dihadapi.
4.      Mengenalpasti kekuatan yang boleh dimanfaatkan
5.      Menyatakan pengajaran yang diperolehi atau kesedaran baru yang timbul
6.      Menyatakan langkah-langkah atau tindakan yang boleh diambil untuk menyelesaikan masalah atau menyelesaikan masalah atau menambaik amalan.
Diantara kebaikan dan keburukan yang dikenalpasti dalam pengajaran yang dilakukan ialah seperti berikut:-
1.1 Kebaikkan
1.      Bahan Bantu Mengajar
Mempunyai bahan bantu mengajar  yang  menarik dan dapat mencapai hasil pengajaran yang berkesan. Alat bantu mengajar sesuai dari segi saiz, minat dan kebolehan murid. Ini kerana alat bantu mengajar melibatkan penggunaan pancaindera ( penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa dan hidu ). Selain itu, penggunaan bahan bantu mengajar berbantuk maujud seperti losyen dan belon yang mengembang dapat mengukuhkan lagi pengetahuan baru murid dan memperbaiki pengetahuan sedia ada murid berkaitan tajuk yang telah mereka pelajari. Penggunaan lembaran kerja juga membantu murid dan guru membuat penilaian berkaitan perkembangan pembelajaran murid.
2.      Pengetahuan sedia ada murid.
Aktiviti pembelajaran dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada murid.  Tajuk yang diajar adalah berkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid berdasarkan pengalaman yang mereka lalui di dalam kehidupan seharian mereka. Contohnya, murid-murid telah mempunyai pengetahuan sedia ada bahawa objek wujud dalam tiga keadaan bahan   iaitu pepejal, cecair dan  gas. Menyatakan contoh pepejal, cecair, dan gas dan menyatakan bahawa cecair boleh mengalir cepat dan perlahan.
1.2 Keburukan
1.      Kawalan Kelas
Murid aktif ketika pengajaran dan pembelajaran terutamanya semasa aktiviti perbincangan  dalam  kumpulan. Keadaan murid-murid yang bising menyebabkan  kawalan kelas sukar ditangani. Soalan perbincangan yang diajukan secara terbuka kepada kelas juga menyebabkan murid-murid yang mempunyai tahap pengetahuan yang baik bersaing untuk menjawab dengan lebih cepat. Keadaan ini menyebabkan murid-murid berpengetahuan sederhana dan lemah ketinggalan dalam memberikan jawapan. Memberikan alat atau bahan bantu mengajar dan mengedar lembaran kerja kepada setiap kumpulan juga menimbulkan suasana yang kecoh kerana murid-murid sangat aktif dan bersemangat dalam aktiviti pembelajaran mereka.
  1. Kawalan masa.
Dari segi kawalan masa pula amat terhad ketika aktiviti ekperimen dan perbincangan kumpulan dijalankan. Murid di dapati tidak dapat menepati masa yang telah di peruntukkan oleh guru untuk menyelesaikan eksperimen dan juga aktiviti perbincangan. Ini berlaku kerana murid-murid terlalu mementingkan kekemasan dalam menulis laporan dan terlalu berhati-hati menilai hasil perbincangan mereka sebelum merekod dalam hasil laporan perbincangan kumpulan.

Setelah  mengenalpasti kelemahan dalam pengajaran, guru dapat membuat penilaian dan keputusan berkenaan cara-cara untuk memperbaiki pengajarannya. Di antara cara memperbaiki P&P guru  ialah :-
  1. Kaedah mengajar
Dari  segi kaedah mengajar guru telah  menyediakan kad tugasan sebagai panduan murid menjalankan  aktiviti supaya arahan dan penerangan lebih jelas serta berkesan. Kad tugasan diberikan kepada semua ketua kumpulan murid dan meminta setiap ketua kumpulan membacakan arahan dalam kad tugasan di dalam kumpulan masing-masing. Setiap murid dalam kumpulan masing-masing akan diberikan peranan masing-masing mengikut tahap pengetahuan mereka dengan memberikan nama murid sebagai A,B,C,D,E dan F. Kumpulan belajar murid juga dipelbagaikan iaitu murid yang tahap pengetahuan yang baik belajar bersama murid-murid yang sederhana dan lemah dalam satu kumpulan yang sama.

  1. Masa
Guru menetapkan masa untuk setiap aktiviti yang melibatkan perbincangan  atau pembentangan. Ini adalah supaya pengurusan masa yang terhad dapat diatasi dengan baik. Murid-murid juga akan sentiasa diingatkan tentang perjalanan masa perbincangan setiap 5 minit. Ini akan mengelakkan murid-murid membazir masa kepada perbincangan yang lebih panjang dan dapat menyiapkan rekod hasil perbincangan mereka mengikut masa yang ditetapkan. Guru juga akan menetapkan murid-murid membentangkan hasil perbincangan mereka secara bergilir-gilir mengikut nama murid A,B,C,D,E hingga F. Tindakan ini bagi menggalakkan setiap murid aktif memainkan peranan masing-masing dalam kumpulan.

Kesimpulannya, dengan adanya kemahiran membuat refleksi dapat membantu guru belajar secara optimum daripada kesilapan dan pengalaman lepas. Oleh sebab itu, refleksi juga dikatakan dapat membantu pembelajaran sepanjang hayat dan perkembangan peribadi serta profesion yang positif .

No comments:

Post a Comment