PERINCIAN PERLAKSANAAN RPH
Rancangan Pengajaran 1
Mata Pelajaran : Sains
Kelas : Tahun 5
Tarikh : 13.05.2011
Masa : 11.00- 12.00 (60 minit)
Bilangan Muri d : 25 orang
Bidang Pembelajaran: Perubahan Bentuk Bahan
Objektif Pembelajaran: Memahami bahan wujud dalam bentuk pepejal,cecair dan gas.
Hasil Pembelajaran :-
· Domain A ( kognitif ) : Menguasai isi kandungan pelajaran. 1. Mengelaskan bahan kepada 3 kumpulan bahan iaitu pepejal,cecair dan Gas.
· Domain B (psikomotor ): Membina kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir.
1.Membuat pengelasan berdasarkan pemerhatian dalam kumpulan tentang bentuk- bentuk cecair, pepejal dan gas
1.Membuat pengelasan berdasarkan pemerhatian dalam kumpulan tentang bentuk- bentuk cecair, pepejal dan gas
2. Murid memerhati perubahan bentuk bahan di persekitaran mereka.
· Domain C (Sosial):Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni.
1. Murid melakukan aktiviti secara berkumpulan
Konsep/ prinsip/ hokum/ teori : Pepejal, cecair dan gas (wap air).
Bahan, peralatan dan bahan sumber: 10 0bjek yang terdiri daripada bahan pepejal,cecair dan gas.
Pengetahuan sedia ada:-
Murid telah mempunyai pengetahuan sedia ada bahawa objek wujud dalam tiga keadaan bahan iaitu pepejal, cecair dan gas. Murid juga mungkin mempunyai miskonsepsi bahawa wap air merupakan cecair.
FASA | ISI KANDUNGAN | AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN | NOTA | |
AKTIVITI GURU | AKTIVITI MURID | |||
Permulaan/ mencungkil idea (5minit) | Minuman tin berkarbonat bahan seperti pepejal, cecair dan gas. | Buat kaitan dengan pengetahuan sedia ada pelajar dengan menyoal cungkil idea murid. Guru mempamerkan minuman berkarbionat dalam tin dalam kelas. Contoh soalan: i) Apakah pemerhatian anda tentang objek ini? ii) Nyatakan minuman kegemaran kamu? | Murid memberi jawapan mereka. Contoh : - Objek di perbuat daripada aluminium. - Air cola. | Proses sains: Memerhati Strategi/Teknik: Penyoalan Contoh Bahan: Minuman berkarbonat dalam tin. ( Tin/Botol) |
Menstrukur / menstrktur semula (30min) | Bahan terdiri daripada tiga bentuk bahan iaitu pepejal, cecair dan gas. 1. Contoh bahan wujud dalam bentuk pepejal ialah bunga, kerta mainan, model haiwan dan pemadam api 2.Contoh bahan dalam bentuk cecair (syampu, losyen, minuman cola) 3.Contoh bahan dalam bentu gas ( cola, pemadam api, belon) | Guru mempamerkan 10 0bjek yang terdiri daripada bahan pepejal,cecair dan gas. Guru mengutarakan soalan: a)Sila perhatikan objek-objek yang ditunjukkan di hadapan kelas dan nyatakan setiap kandunngan bahan yang terdapat di dalamnya. b)Kelaskan setiap objek tersebut kepada kumpulan bahan (pepejal,cecair dan gas) c)Apakah kumpulan yang kamu kenalpasti untuk mengelaskan objek-objek tadi. | Murid berbincang dalam kumpulan. Murid membuat pembenrtangan hasil perbincangan kumpulan masing-masing. | Proses sains: Memerhati, mengelas, berkomunikasi. Strategi/Teknik: Perbincangan kumpulan Nilai saintifik dan nilai murni: Berkerjasama Contoh Bahan: 10 objek (syampu, minuman cola, kereta mainan, model haiwan, losyen, bunga, belon, pemadam api) |
Aplikasi idea (20min) | Kegunaan bahan pepejal, cecair dan gas dalam kehidupan seharian murid. | -Guru mengajukan soalan pada semua murid. Contoh soalan: 1.Mengapakah bahan pepejal selalu diguna untuk menyimpan makanan? -Guru mengedarkan lembaran kerja dan mengarahkan murid melengkapkan lembaran kerja secara individu dalam masa yang ditetapkan. -Guru membincangkan jawapan bersama murid. | -Murid memberi respon kepada soalan guru. Contoh jawapan; 1.Bahan pepejal lebih keras. -Murid melengkapkan lembaran kerja yang di arahkan. | Proses sains: Memerhati, mengelas, berkomunikasi Strategi/Teknik: Perbincangan Nilai saintifik dan nilai murni: Berkerjasama Bahan Bantu Mengajar: Lembaran kerja |
Refleksi/ penutup (5 minit) | Bahan terdiri daripada tiga bentuk bahan iaitu pepejal,cecair dan gas. | - Guru mengadakan Kuiz spontan kepada kumpulan murid. - Guru memilih murid untuk menjawab mengikut giliran murid dalam kumpulan -Contoh: 1.Namakan satu objek wujud dalam bentuk pepejal yang ada di dalam kelas kamu? -Guru mengedarkan lembaran kerja sebagai kerja rumah | Murid menjawab soalan guru dalam kumpulan. Contoh jawapan: Meja, kerusi, pensil, buku | Proses sains: Memerhati Strategi/Teknik: Kuiz Nilai saintifik dan nilai murni: Berkerjasama Bahan Bantu: Lembaran kerja |
No comments:
Post a Comment